07 October 2010

Nafi ahli: Reformis kesal kenyataan timbalan presiden - Aktivis Reformasi


Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali bahawa kumpulan yang mengganggu sidang media bekas pembantu Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, semalam bukan ahli PKR dan diupah sendiri oleh Rahimi Osman.

Aktivis Reformasi tampil untuk membantu YB Senator Timbalan Presiden untuk mengenal pasti kumpulan yang dimaksudkan. Antara yang bersama kumpulan tersebut adalah:

1. Sdr. Puspa seorang ahli dan aktivis parti yang telah berjuang sejak 1998.

2. Sdr. Rama aktivis parti dari cabang Lembah Pantai yang juga pernah menyumbang satu unit penghawa dingin kepada pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

3. Sdr. Krisnasamy, mantan Timbalan Pengerusi PKR Klang.

Aktivis berasa teramat kesal terhadap kenyataan YB Senator Timbalan Presiden yang tidak mengenali ahli dan aktivis parti yang telah banyak memberi sumbangan serta berjuang semenjak 1998. Tindakan YB Senator menafikan keahlian dan penglibatan kumpulan ini di dalam Parti telah mengecilkan hati banyak pihak. Aktivis Reformasi dan ahli-ahli Parti memohon kepada pucuk pimpinan PKR agar penafian seperti ini tidak berulang lagi.

Salam reformasi.



AKTIVIS REFORMASI