01 June 2011

Muktamar PAS Ketika Politik Bergolak - Abdul Aziz Anon

Sebagai parti orang Melayu dan Islam, sudah tentu muktamar ini amat signifikan bagi politik orang Melayu. Sejauh manakah kebersediaan PAS dalam Pakatan Rakyat? Ucapan dasar Presiden PAS hendaklah menjelaskan perkara tersebut. Adakah PAS mahu sekadar terus mengekori PKR dan DAP atau berani menawarkan peranan kepimpinan yang lebih besar dalam PR menjelang pilihanraya ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa dalam 24 bulan yang akan datang.
oleh Abdul Aziz Anon melalui e-mel



Muktamar Pas ke-57 akan membuka tirainya bersamaan dengan hari pembukaan Rejab 1432H. Bagi ahli mahupun penyokong PAS semuanya bertumpu ke Markaz Tarbiah PAS Taman Melewar untuk mendengar, berbahas, menerima amanat dan memilih pucuk pimpinan. Taman Melewar yang kembali menjadi tuan rumah persidangan kali ini seakan ada nostalgia yang ingin dibangkitkan dari perjuangan panjang PAS dalam sejarah politik tanahair. Mesti ada sesuatu yang istimewa kenapa Taman Melewar dipilih. Tentunya soalan ini akan terjawab pada 3-5 Jun 2011.

Kehangatan Muktamar PAS kali ini sudah pasti tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan PAS dan ucapan dasar Presiden. Seperti lazimnya Presiden akan meletakkan semula landasan PAS untuk tempoh satu tahun yang akan datang atau lebih tepat sehingga PRU 13. Tidak dapat tidak, Dato’ Seri Presiden hendaklah memberi amanat yang jelas tentang halatuju semasa politik PAS sekaligus menjawab pelbagai keresahan rakyat terhadap isu-isu politik yang sedang melanda politik Malaysia akhir-akhir ini.

Sebagai parti orang Melayu dan Islam, sudah tentu muktamar ini amat signifikan bagi politik orang Melayu. Sejauh manakah kebersediaan PAS dalam Pakatan Rakyat? Ucapan dasar Presiden PAS hendaklah menjelaskan perkara tersebut. Adakah PAS mahu sekadar terus mengekori PKR dan DAP atau berani menawarkan peranan kepimpinan yang lebih besar dalam PR menjelang pilihanraya ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa dalam 24 bulan yang akan datang.

Penyokong PR kecewa kerana prestasi kepimpinan Ketua Umum PKR jatuh merudum, sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Kegagalan untuk mengambil aleh tampuk pemerintahan yang dilaungkan oleh beliau akan beres tibanya tanggal 16 September 2008, kejatuhan PR di Perak, 14 Adun/Ahli Parlimen keluar PR, perpecahan anggota PKR sejak pemilihan parti dan tentu paling sukar adalah isu moral di samping kes sodomi Saiful Bukhari yang sedang berjalan. Samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah atau tidak, biarlah mahkamah dan teknologi memutuskan tetapi persepsi negatif terhadap kepimpinan beliau telah menular.

Implikasi video seks yang didakwa membabitkan beliau mesti ditangani. Yang nyata, orang Melayu berpecah penerimaannya. Sebahagian percaya dan sebahagian lagi sebaliknya. Untuk Anwar keluar dari isu video seks ini sudah tentu menuntut masa panjang melainkan beliau benar-benar berjaya membuktikan secara objektif dan muktamad yang video itu palsu sama sekali.

24 bulan bukanlah tempoh panjang untuk membuat persiapan pilihanraya. Perlu diakui bahawa UMNO dan BN bukanlah tunggul kayu. Pilihanraya Sarawak baru-baru ini membuktikan bahawa masih banyak yang diperlukan oleh PR jika benar-benar mahu mengalahkan BN. PR mesti bergerak sebagai gabungan politik yang benar-benar mantap. Justeru, sebagai sebuah parti yang berusia 60 tahun berbekalkan rekod kesetiaan wakil-wakil rakyat dari PAS serta kebolehan mentadbir di Kelantan dan Kedah, maka tidakkah PAS berani untuk meminta ruang memimpin, dengan peranan yang lebih besar menjelang PRU 13? Sekaligus PAS membuktikan hubungan dengan PKR dan DAP bukan sebagai kuda tunggangan tetapi sekutu rapat yang diyakini oleh semua kaum.

Rakyat mual dengan dengan persekitaran politik yang sedia ada. Mereka mahu perubahan. Rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama menaruh harapan besar kepada PAS untuk mencana dan memimpin perubahan. PAS tidak harus menghampakan harapan rakyat dan wajib memimpin mereka ke arah perubahan.

Akhir kata, “Selamat Bersidang” kepada semua peserta muktamar.


ABDUL AZIZ ANON

Kisah disebalik bangunan PKR

Semasa pemilihan, John Soh memihak kepada Zaid dan ini menyebabkan Anwar marah sebab Anwar mahu John Soh membantu Azmin. Bila John Soh memihak kepada Zaid, Azmin kekurangan dana untuk kempen Timbalan Presiden, lantas meminta pertolongan kroni Khir Toyo, iaitu Salim Khan, bos syarikat Gapurna.

Azmin dan Anwar menerima penajaan dari syarikat UMNO, tetapi sebaliknya, Anwar dan Azmin mencanangkan bahawa Zaid adalah ejen UMNO. Dan orang lebih percaya kepada Azmin dan Anwar bahawa Zaid adalah Trojan Horse dan ejen UMNO, sedangkan merekalah (Anwar & Azmin) sebenarnya UMNO.
oleh Mat Saman Kati di Malaysia Times



Pada 9 April 2008, sebulan selepas PRU 2008, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan dalam Malaysiakini, PKR membeli bangunan 10 tingkat untuk dijadikan Ibupejabat PKR.

Apa yang menarik dalam kenyataan Azmin dalam Malaysiakini itu ialah, “parti itu telah menubuhkan urusetia parti itu, termasuk membeli sebuah bangunan baru 10 tingkat di Tropicana, Damansara.”

Bila bangunan itu sudah diduduki, aku tengok ia hanya 5 tingkat. Sebenarnya, PKR menggunakan dua lot 5 tingkat. Bila aku tanya Azmin, dimana bangunan 10 tingkat, dia kata dua lot kali 5 tingkat sama juga dengan 10 tingkat. Aku kalah, sebab dia pakar matematik... ijazah dari Amerika. Aku pulak setakat belajar mattermatic dari Pak Akop, Universiti Kg. Gerachi.

Bukan aku saja yang teruja, ramai juga yang teruja dengan ‘pembelian’ tersebut. Baca saja komen dalam blog Anwar Ibrahim.

Dalam bulan Februari 2011, baru aku tau. Ingatkan Tipah saja tertipu, rupa-rupanya Matsamankati pun kena tipu.

Sekitar bulan Mac, aku dah dapat tau Ibupejabat PKR bermasalah. Masa tu aku tanya kat Firdaus Christopher, orang kanan Zaid Ibrahim, mengapa parti KITA tak ada ibupejabat, sebaliknya menggunakan pejabat Zaid. Chris menjawab... tunggu enam bulan. Lepas PKR keluar, KITA masuk.

Masa tu baru aku tau, rupanya bangunan itu milik John Soh Chee Wen. Dan PKR ‘menyewa’ bangunan tersebut tanpa membayar sewa. Mungkin dalam akaun saja ada tertulis keluar masuk tapi hakikatnya, PKR tak bayar kat John Soh.

John Soh adalah rakan karib Anwar. Selepas PRU 2008, John Soh menawarkan bangunan tersebut kepada PKR dan sebagai balasan, Anwar melantik John Soh kedalam Biro Politik PKR. Semuanya bagus pada masa itu, sehinggalah Pemilihan PKR 2010.

Semasa pemilihan, John Soh memihak kepada Zaid dan ini menyebabkan Anwar marah sebab Anwar mahu John Soh membantu Azmin. Bila John Soh memihak kepada Zaid, Azmin kekurangan dana untuk kempen Timbalan Presiden, lantas meminta pertolongan kroni Khir Toyo, iaitu Salim Khan, bos syarikat Gapurna.

Azmin dan Anwar menerima penajaan dari syarikat UMNO, tetapi sebaliknya, Anwar dan Azmin mencanangkan bahawa Zaid adalah ejen UMNO. Dan orang lebih percaya kepada Azmin dan Anwar bahawa Zaid adalah Trojan Horse dan ejen UMNO, sedangkan merekalah sebenarnya ejen UMNO.

Tanya Khalid Ibrahim, mengapa Khalid tidak berani mengambil tindakan terhadap kes PKNS dan Gapurna.

Dalam Sarawak 2011: Penilaian Semula #3, aku tulis tentang kronologi tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Zaid, John Soh dan Jeffrey Kitingan membantu SNAP di Sarawak. Anwar memintas pergerakan mereka bertiga ini dengan melabelkan SNAP sebagai ejen UMNO dan mendapat dana dari UMNO. Orang percaya cakap Anwar dan SNAP mendapat tamparan hebat apabila orang melabelkan mereka sebagai ejen UMNO.

John Soh dan Jeffrey give-up dengan SNAP, kerana bukan mudah untuk melawan Anwar. Tetapi dalam masa yang sama, Anwar mencipta terlalu banyak musuh. Dan akhirnya John Soh menghalakan senapangnya kepada Anwar. John Soh bertekad untuk menentang Anwar.

Anwar kehilangan funder, lantas mencari ganti John Soh untuk kempen PKR di Sarawak dan dia meminta tolong dari Sng Chee Hua. Anak Sng chee Hua, Larry Sng digugurkan dari bertanding atas tiket BN. Sng Chee Hua meletakkan calon proksinya, George anak Lagong untuk bertanding di Pelagus. Anwar menghadiahkan George anak Lagong kerana ia merupakan tokoh Dayak. George Anak Lagong dipecat dari PKR kerana bertanding di Pelagus, tetapi itu hanya sandiwara.

Anwar mendapat penajaan dari jutawan BN Sarawak, tapi yang jadi ejen UMNO ialah SNAP.

Dalam laporan Malaysiakini, Bendahari PKR, William Heng berkata bahawa ini bukan masalah PKR, sebaliknya masalah tuanpunya bangunan. Tetapi peliknya, William tak tau siapa pemilik bangunan, “I can’t remember lah, I’ll have to check and get back to you,” sedangkan dia adalah Bendahari PKR. William berkata, PKR membayar sewa setiap bulan, tetapi lagi pelik, William tak tau berapa jumlah sewa yang dibayar. William berkata, “The rental average is RM2,000 per floor. So we pay about RM10,000 to RM20,000 a month,”. Fakap la.

William tak tau jumlah sebenar yang dibayar kerana PKR tak pernah bayar. Dan John Soh tidak mahu membayar kepada bank kerana mahukan PKR keluar dari bangunan tersebut. Salah satu cara ialah dengan membiarkan pihak bank melelong bangunan tersebut.

Apakah John Soh mempunyai masalah kewangan sehingga tak dapat nak bayar kepada bank? Come on la. Harga bidaan paling maksima 1 juta seunit. 10 unit baru 10 juta. Tunggu saja pada hari lelongan tersebut. Dan cuba perhatikan, siapakah yang akan membeli bangunan tersebut.

PKR nak pergi kemana? Kalau ikut kata William, mereka ada pilihan untuk mencari tempat lain atau terus menyewa disitu. Sebenarnya PKR sudah ada tempat lain iaitu di Shah Alam. Sudah ramai petugas-petugas PKR sudahpun membuat kerja-kerja dari sana. Tetapi bangunan tersebut adalah milik kerajaan negeri. Kalau lingkup dalam pilihanraya nanti, kena pindah lagi la.

Mengapa PKR terlalu banyak masalah? Kerana terlalu banyak musuh. Dan kalau diperhatikan kepada ‘musuh-musuh’ yang tercipta yang sekarang menentang PKR, kita akan dapati ianya tidak dapat lari dari Azmin. Kerana terlalu sayangkan Azmin, Anwar mencipta terlalu ramai musuh.

Aku harap, Roziah Ismail dan Setiausaha Sulitnya, Zahariman, baca apa yang aku tulis ini, sebab aku dah bagi tau kat depa awal-awal... seawal bulan Januari, “If we can put you up...we can also bring you down.” Jangan sombong!!

Aku tau, akan ada yang akan komen mengutuk aku. “Hoi Matsaman, jangan buat fitnah la.”

Aku tau, kalau aku yang cakap…semua orang minta bukti, minta empat saksi..mungkin ada yang akan suruh aku buat sumpah laknat. Tapi kalau Anwar yang cakap…tak perlu empat saksi, tak perlu bawa bukti..sebab Anwar Utusan Tuhan. Apa cakap dia, tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka.

Can PAS help bring about change in M’sia?

Let me tell you which will be the wrong road. The wrong road is one which aims at setting up a religious state. The wrong road is the one which seeks to ‘Arabize’ our country or wants to ‘out-islamicize’ Umno. The fact is that we are a multi-religious and multi-racial country with a constitution based on the principle that Malaysia is a secular state and with Article 3 providing for Islam as the religion of the Federation. This is a principle that all Malaysians accept and no party should undermine in any way.
by Koon Yew Yin at CPI


A few days ago, someone sent me an anonymous e-mail appeal addressed to voters. According to the appeal, the coming elections, more so than others, is a vital election because we are at a crossroad. If we get it right we will prosper; if we get it wrong, we will suffer as we have seen in our neighbouring countries. I cannot agree more with these sentiments. In the last three years, I have written about the socioeconomic and political crossroad that the country is at, but that has been to a general audience.

I am glad that I now have the opportunity to share my thoughts on this subject with a PAS audience. This is the first time that I am addressing PAS supporters and this is also probably the first opportunity PAS has had to interact with someone like me.

Let me begin by posing a question. The question that I and many other Malaysians want to ask PAS is how will PAS help the country and ordinary Malaysians take the right road to a brighter and harmonious future? Which is the road that PAS and its leaders want Malaysians to follow?

The wrong road

Let me tell you which will be the wrong road. The wrong road is one which aims at setting up a religious state. The wrong road is the one which seeks to ‘Arabize’ our country or wants to ‘out-islamicize’ Umno. The fact is that we are a multi-religious and multi-racial country with a constitution based on the principle that Malaysia is a secular state and with Article 3 providing for Islam as the religion of the Federation. This is a principle that all Malaysians accept and no party should undermine in any way.

The great majority of Malaysians – if a referendum is taken right now – will reject the establishment of a religious state. It is not only Malaysians who are not in favour of a religious state. This is the same everywhere in the world – whether in Asia, Europe, Africa or the American continent. Even in the Middle East which is the heartland of Islam, the clamour of the masses – especially the young – is not for an Islamic state. Allow me to read you this analysis of the ‘Arab Spring’ or what is happening in the Middle East today:

Motivations

Numerous factors have led to the protests, including the 2009 Iranian protests, dictatorship or absolute monarchy, human rights violations, government corruption, economic decline, unemployment, extreme poverty, and a number of demographic structural factors, such as a large percentage of educated but dissatisfied youth within the population. The catalysts for the revolts in all Northern African and Persian Gulf countries have been the concentration of wealth in the hands of autocrats in power for decades, insufficient transparency of its redistribution, corruption, and especially the refusal of the youth to accept the status quo. (Wikipedia, ‘Arab Spring’)

Clearly the motivations for change are not for a religious state. They are about the elimination of bad governance.

The right road

From what I can see, the fight against corruption and injustice is also what is driving PAS and its supporters in Malaysia. Affirmation of this can be seen in the mission statement of PAS which refers to the need for a clean and virtuous government. This is also apparent from the preamble to the PAS constitution which provides the reason for the party’s mission. Page 1 of the PAS constitution 2011 reads:

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan al amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil mungkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "Parti Islam Semalaysia".

(English translation: "Therefore verily it is hereby proclaimed, that to be pious to God, and to do good works amongst mankind and in establishing virtue (truth) and forbidding evil (falsehood) in the society and nation, the organization named Parti Islam Malaysia is established”).

It is important that PAS supporters realize that no religion has a monopoly on truth or goodness; and that a similar focus on a clean and virtuous government is emphasized by all other religions, and perhaps even more, by secular faiths and value systems.

As to the right road ahead, the direction is clear from the last elections and it should be continued for the coming elections. In the last election, PAS teamed up with PKR and the DAP to reject the road that the BN has taken the country down. That election saw the PR – against all odds – win unprecedented support from the public. The PR coalition in Perak in particular – under the outstanding leadership of Datuk Seri Nizar [Jamaluddin] – provided hope to all Perakians that the state would enter a new era of corruption and crony-free development in which racial and religious fairness and moderation would not be given lip service but would be prioritized and implemented in the policies and programmes of the state government.

In the first year of the PR state government in Perak between March 2008 and Feb 2009 – before the BN coup d’etat - many people-friendly and non-discriminatory actions and initiatives were undertaken by the PR state government. In particular, Datuk Seri’s administration’s grant of freehold title to Perak land owners – many of them non-Malay new village landholders – deserves a place in our history books. This initiative was intended to correct a major historical injustice which was blatantly ignored, if not perpetrated by Barisan state governments for the past 50 years.

From what I understand, as many as 7,000 lot owners in 134 new villages and 102,000 lot owners in 349 planned villages in Perak (Malays and non-Malays) would have been allowed to convert their land titles from leasehold to freehold. The thumbs-up to this wise and brave initiative is best reflected in the words of former MCA secretary-general and minister of Housing and Local Government Tan Sri Ting Chew Peh who was quoted by a Chinese newspaper as saying: "Upon hearing the good news, my townsmen, relatives and friends applauded till their hands hurt! One who wins the hearts of the people wins the world. Pakatan Rakyat has brought the house down this time."

Let me also refresh your memory that almost every act of the Perak PR administration was criticised by the Malaysian mainstream press, especially by Utusan Malaysia and Berita Harian which embarked on a campaign of hate and poison. Not only that, but Nizar's administration was hounded by constant accusations of selling out to the non-Malays. These dirty tricks and political spinning have not only continued but have gotten worse. Increasingly racial and religious extremist sentiments are coming to the forefront which all of us, especially PAS, needs to condemn more vigorously if our country’s social fabric is not to be torn apart.

When Nizar was first appointed as Menteri Besar many non Malays, including I, were apprehensive of PAS but as time went by, Nizar won the approval of the non Malays. During that period of uncertainty, I wrote an article to appeal to the Perak Sultan to dissolve the State Assembly so that the people could vote again to choose the Government of their own choosing. Although the Sultan has the right to dissolve the State Assembly he did not do it. Allow me to reproduce the relevant excerpt of my article on this issue which is especially pertinent in view of the coming elections.

Duty of Perak royalty :


“To safeguard the interest of the country and the institution of the monarchy, the voice and will of the rakyat must be respected. It has to be called on to be heard – in one way or another – because though the wheels of justice grind slowly, they grind exactingly.


To the letter of the law a government must be answerable, and the one standing above politics must be accountable as well. In my humble opinion, Perak will regain its shine and the people’s trust when the Sultan accedes to the dissolution of the state assembly.”

Finally, I am optimistic that PAS with its progressive and multi-racially and multi-religiously oriented leaders such as Dato Seri Nizar is up to the challenge of working with fellow Malaysians of all races and religions to bring about the positive change that is badly needed in Malaysia.

Qazaf: Jawapan kepada Anwar dan penyokongnya

Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful. Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja. Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.
oleh Zulkifli Noordin di Agenda Daily



Sudah lebih satu dekad, iaitu sejak tahun 1998, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai episod kontroversial yang melibatkan dirinya, telah menjadi tokoh yang paling mempengaruhi situasi politik tanah air.

Oleh kerana pada ketika bermulanya Saga Anwar, dengan pemecatannya pada September 1998, beliau merupakan seorang tokoh besar dalam negara maka pelbagai episod yang melibatkan beliau begitu menarik minat dan menangkap imaginasi masyarakat.

Boleh dikatakan beliau adalah tokoh yang paling disanjungi oleh sebahagian daripada kita dan paling dibenci pula oleh sebahagian yang lain. Malah, sanjungan atau kebencian terhadap pelbagai tokoh, pertubuhan dan institusi yang lain dalam negara ini turut banyak dipengaruhi oleh persepsi kita terhadap peranan mereka dalam saga Anwar ini.

Akhirnya saga yang cukup panjang dan dramatik ini nampaknya makin menghampiri babak penutupnya. Terutamanya dengan kemunculan dua episod terakhir yang sangat besar kesannya iaitu, episod kes tuduhan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta episod video seks yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Jikalau terbukti Anwar benar-benar bersalah dalam kedua-dua episod ini atau salah satu daripadanya maka sudah pasti Anwar sudah tiada kredibiliti lagi untuk memimpin, hatta keluarganya sendiri sekalipun.

Kita katakan ini kerana, jika Anwar terbukti bersalah dalam dua episod terbaru ini, maka berkemungkinan besar bahawa semua atau sekurang-kurangnya sebahagian besar dakwaan-dakwaan terhadap Anwar selama ini, sama ada isu moral mahupun bukan moral, juga adalah benar.

Jika dihimbau kembali segala dakwaan dan ‘dalil’ yang timbul sebelum-sebelum ini, hakikatnya ia menampilkan Anwar sebagai individu yang cukup bermasalah dan berpenyakit. Tidak patut lagi mana-mana pihak mempunyai prinsip menyokong Anwar kecuali mereka yang terdesak dan atau mempunyai agenda sampingan lalu mahu mempergunakan beliau untuk mencapai matlamat lain.

Sebaliknya, jika terbukti bahawa Anwar bersih dan tidak bersalah, maka memang wajarlah beliau mendapat simpati kita semua dan memang sangat zalimlah mereka yang mereka-reka tuduhan palsu terhadap beliau. Kredibiliti moral mereka ini juga akan runtuh daripada melayakkan untuk diangkat atau kekal sebagai pemimpin.

Jadi hakikat sebenar dalam dua episod terakhir Anwar Ibrahim ini sangat kritikal dan besar implikasinya. Soalnya, siapakah dan neraca manakah yang paling tepat untuk membuktikan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan kemampuan Islam untuk merungkaikan segala persoalan dan sebagai seorang yang punya sedikit latar belakang agama, saya yakin ajaran Islamlah satu-satunya formula penentu yang paling adil kepada kemelut ini.

Cuma dalam saga Anwar, soal formula Islam dan neraca syariat sering turut menjadi kelabu dan keliru. Ini adalah kerana kes ini melibatkan Anwar. Tokoh yang menampilkan imej agama dan mempunyai latar belakang gerakan Islam.

Faktor ini menjadi punca kegagalan sebahagian masyarakat Islam termasuklah sebahagian ahli-ahli agama untuk bersikap objektif dan neutral apabila menanggapi kes. Apatah lagi bila faktor-faktor lain seperti kepentingan politik atau kebencian melampau terhadap UMNO/BN turut kuat mewarnai sikap mereka.

Akhirnya hujah agama, terutamanya hukum Qazaf, sering dijadikan asas untuk cuba mengelakkan Anwar daripada dibicarakan dan diadili dalam kedua-dua kes ini.

Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful. Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja.

Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.

Beliau juga mendakwa kejadian yang telah berlaku sebelumnya bukanlah dengan sepenuh kerelaan beliau walaupun akhirnya pendakwa memilih untuk mendakwa Anwar di bawah seksyen yang tidak melibatkan paksaan, mungkin untuk memudahkan pendakwaan dan pensabitan kesalahan.

Dalam situasi sebegini, hukum syarak menuntut agar kes Saiful didengari dan diadili dan bukannya ditolak mentah-mentah kerana kegagalan beliau mendatangkan empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian tersebut. Memang dalam kes rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seks tempat kerja, hampir mustahil untuk si mangsa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.

Oleh itu, syarak menetapkan bahawa beban bukti dalam kes rogol atau sumbang mahram adalah berbeza. Segala bentuk bukti yang boleh diterima oleh syarak selain daripada saksi mata boleh diterima pakai dalam kes ini termasuklah DNA, rakaman CCTV dan seumpamanya.

Hakikatnya kesalahan yang hendak dibuktikan dalam kes Saiful lawan Anwar adalah bukannya hudud zina atau liwat tetapi liwat yang berbentuk rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual tempat kerja.

Saya yakin mana-mana tokoh ulama sekalipun, termasuklah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi atau Syeikh Wahbah al-Zuhaili, akan memberi pandangan yang sama jika fakta kes yang sebenar dijelaskan dengan tepat kepada mereka.

Selain daripada unsur paksaan, Qazaf juga melibatkan tuduhan daripada pihak ketiga. Kes Saiful adalah melibatkan pihak yang mendakwa menjadi mangsa dan bukannya pihak ketiga. Jelas sekali perbezaan fakta kes berbanding dengan kes Qazaf iaitu tuduhan zina daripada pihak ketiga tanpa asas dan bukti seperti dalam kes asalnya melibatkan Sayyidatina ‘Aishah ra. Maka tidak salahlah jika dikatakan bahawa sikap berkeras membenteng Anwar atas nama Qazaf adalah suatu kedegilan dalam kekeliruan terhadap hukum syarak.

Dalam episod terbaru melibatkan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar, adalah tidak benar jika pihak yang mendedahkan perkara tersebut hendak dipersalahkan dari segi hukum syarak. Kalau nak dikatakan sebagai salah kerana mendedahkan aib sesama Islam, kita semua maklum bahawa larangan membuka aib dalam Islam ada beberapa pengecualiannya.

Kita dibolehkan mendedahkan aib demi memberi amaran tentang kejahatan yang boleh menimpa orang lain dan dalam kes menilai kesesuaian peribadi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin.

Jika hendak dikatakan Qazaf pula, adakah Eskay Shazril seorang penuduh yang datang dengan tangan kosong? Jelasnya beliau datang sebagai pihak yang mendakwa sebagai pihak yang turut terlibat, malah turut ada dalam rakaman video tersebut. Beliau juga datang dengan membawa rakaman video tersebut serta bukti-bukti sokongan yang lain seperti jam Omega yang kuat diperkatakan itu.

Bolehkah kita terus menghukumnya sebagai pelaku Qazaf? Bukankah Qazaf juga sebahagian dari kesalahan Hudud? Kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis mengarahkan kita untuk mengelakkan pensabitan Hudud jika terdapat apa-apa syubhah atau kesamaran?

Tidak cukupkah apa yang dibawa oleh Eskay untuk menimbulkan syubhah atas dakwaan bahawa beliau membuat tuduhan zina yang palsu atau tanpa asas terhadap Anwar? Kita juga sangat faham bahawa bukti video tidak mencukupi untuk mensabit kesalahan Hudud Zina, tetapi ia tetap boleh diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan takzir atau membuktikan kesahihan sesuatu fakta.

Dalam kes Anwar, kita bukannya hendak menghukum beliau dengan Hudud Zina tetapi yang terpenting adalah hendak memastikan adakah beliau orang yang terakam dalam video tersebut, yang akan menentukan tahap keperibadian beliau.

Jika diteliti perspektif di atas dengan insaf, maka jelaslah bahawa Anwar tidak boleh terus-terusan mempergunakan Islam dan hukum Qazaf untuk mengelakkan daripada menghadapi proses kehakiman dalam kedua-dua episod ini.

Beliau dan penyokongnya perlu akur kepada prinsip hukum Islam bahawa beliau perlu membersihkan dirinya daripada dakwaan bahawa beliau telah meliwat Saiful Bukhari serta dakwaan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks terbabit.

Sementara proses ini berlangsung dan belum selesai, kaedah yang terbaik dan amalan yang lebih terhormat ialah dengan meminta Anwar bercuti daripada semua tugas rasminya sehinggalah namanya dibersihkan (jika beliau benar-benar bersih). Bukannya dengan beliau ataupun para penyokongnya yang taksub terus-menerus cuba berselindung di sebalik hukum Qazaf atau atas nama agama.