Kempen mendaftar pengundi baru di pintu masuk Stadium Kelana Jaya. Ayuh ramai-ramai daftar jadi pengundi (kalau belum daftar lagi). |
Kempen 'Malaysians for Teoh Beng Hock'. Keadilan mesti ditegakkan. |
Preparing for the show! |
4pm: crowd dalam 100 orang. Masih ada yang masuk. Penganjur mengharapkan kehadiran dalam 10,000 orang. |
Stage dah siap. VIP tak sampai lagi. |
Hujan sudah mulai turun di Stadium Kelana Jaya. Yang hadir semua berpusu-pusu ke grandstand. Sudah 4.30 ptg. Program belum mula lagi. |
Tempat duduk VIP. Masih banyak kerusi kosong. |
Persembahan dari Kumpulan Cempaka Drumcircle. Musik untuk joget, tapi takda orang berjoget. Hujan dah reda. Ramai turun ke padang. |
Kereta para YB. Aktivis datang berkongsi duit petrol. |
Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor hadir menyampaikan salam Tan Sri Khalid, yang tidak dapat hadir. Memang ada gaya MB. |
Prof. Aziz Bari beri penjelasan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor dari sudut undang-undang. "Raja juga tertakluk pada undang-undang walau berperanan pengimbang kuasa kerajaan." |
Presiden JIM & AJK Bersih 2.0, Zaid Kamaruddin. "Suara rakyat mesti dihormati pemerintah, parti-parti politik. Kerana rakyat pilih kerajaan." |
Hujan turun lagi. Penganjur minta crowd naik ke grandstand. Yang tegar bukak payung. Hujan yang turun adalah lumrah alam, tiada kena mengena dgn tulah/murka Sultan. |
Kempen kumpul tandatangan untuk Teoh Beng Hock dan pendaftaran pengundi baru giat dijalankan. |
Persembahan musik oleh Sdr. Nik Jidin. |
Pengerusi BERSIH, Dato' Ambiga bagi speech. "Kita berhimpun tunjukkan hak kita sebagai rakyat." |
Barisan pemimpin yang hadir. Pemimpin, ahli Exco PKR tidak kelihatan. |
Giliran Khalid Samad pula. "Dato' Ramly (bekas SUK Selangor) khianat sebab bakar fail untuk hilangkan bukti salahlaku UMNO". |
MB Nizar berikrar akan turut bantu pertahankan hak rakyat Selangor. "Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Patik mohon sembah derhaka" |
Haris Ibrahim: "Sultan jangan derhaka kepada rakyat". |
Wakil mahasiswa berucap, lahirkan sokongan. Program berakhir pukul 7 petang. |
Ulasan langsung perhimpunan Hormati Suara Rakyat Selangor di twitter.com/salamreform