Showing posts with label Tenang. Show all posts
Showing posts with label Tenang. Show all posts

08 February 2011

PAS fails Tenang test, lesson for Pakatan - Zefrey Dahalan

Speaking on condition of anonymity, a PKR leader and a PAS leader admitted that the PAS leadership decided that PKR not be allowed to campaign in Malay-dominated areas. Instead PKR was only allowed to campaign in areas with mixed population, while DAP was asked to concentrate on the Chinese-majority areas. But since racially-mixed areas were a scracity in the constituency, PKR’s role in Tenang was slashed. The reason for this was because PAS felt that the Malays in Johor were not accustomed to PKR’s aggressive style of campaigning.
by Zefrey Dahalan at Free Malaysia Today



After being outclassed by Umno in the Tenang by-election, Pakatan Rakyat must consider revising its strategy if it wants to make an impact in the upcoming Merlimau state seat by-election in Malacca.

Critics blamed the internal strife in Pakatan for the dismal performance in Tenang, which saw Barisan Nasional (BN) retaining the seat with an increased majority.

If there was any impact, it was minimal, especially among the Felda and estate voters. The chief cause, however, was the failed campaign strategy formulated solely by Johor PAS.

It is an open secret among the Pakatan leadership that PKR was not given a prominent role in the campaign.

Speaking on condition of anonymity, a PKR leader and a PAS leader admitted that the PAS leadership decided that PKR not be allowed to campaign in Malay-dominated areas.

Instead PKR was only allowed to campaign in areas with mixed population, while DAP was asked to concentrate on the Chinese-majority areas.

But since racially-mixed areas were a scracity in the constituency, PKR’s role in Tenang was slashed.

The reason for this was because PAS felt that the Malays in Johor were not accustomed to PKR’s aggressive style of campaigning.

PAS thought that it stood a better chance of capturing Malay votes with its “tarbiyah” approach, or heart-to-heart talk with the voters.

“I admit that we still need PKR to pull in Malay votes, the so-called soft-approach by PAS doesn’t really work,” said the PAS leader. “We lacked the firepower to counter BN’s assault.”

As for Merlimau, the PAS leader said he felt that PKR should contest the seat since PAS had failed in the Tenang and Bagan Pinang by-elections.

Field PKR candidate

Meanwhile, the senior Malacca PKR leader urged the Pakatan presidential candidate to field the right candidate for Merlimau irrespective of the party.

“We have done a survey, and Pakatan grassroots want a PKR candidate. In fact, most PAS branches in Merlimau want a PKR candidate because they feel PKR can do better there. Unfortunately, the state PAS and national PAS Youth leaders feel otherwise,” he said.

However, he added that if the candidate was from PAS, PKR would throw its full backing behind the person in the spirit of Pakatan.

To be fair to PAS, the dwindling of Chinese support for PAS in Tenang was mainly due to only 50% of Chinese voters turning up at the polling stations.

Due to lack of transport provided by the authorities during the flood, many could not make it in time to cast their ballots. The authorities were said to be focusing on ferrying the flood-hit Felda inhabitant, who were traditional BN voters.

If Tenang was not drenched in rain, the outcome could have been different, at least in terms of BN’s majority in the seat, which is considered a ruling coalition stronghold.

The handing out of expensive hampers on a daily basis to voters in Felda and the estates also played a significant role in swinging the votes in BN’s direction.

So in the final analysis, Pakatan is facing its adversary on an uneven playing field, so perhaps a revision of strategy is needed, especially on seat allocation.



ZEFREY DAHALAN

04 February 2011

Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang

 
Hujan lebat dan banjir di Labis.

 
Jalan masuk ke Labis sesak dengan pelancong politik.

Mesej untuk pengundi - dari siapa, dan untuk siapa?

'Jentera pilihanraya' membawa penyokong BN merentasi
kawasan yang ditenggelami air.

Abang Polis efisyen menjalankan tugas

Amoi Labis comel dengan payung pink

Suasana di bilik gerakan utama PAS. Menunggu Borang 14.

Pekan Labis mula ditenggelami air. Kenderaan ringan tak boleh keluar.

Jentera PAS di bilik operasi utama mulai risau - BN sedang leading 

 
Kawalan Polis di pusat penjumlahan undi agak mantap.
Dengar cerita ramai pembesar nak turun celebrate.

 
Suasana dalam dewan. Kakitangan SPR sibuk mengira undi.

Ketibaan MB Johor, Ghani Othman dan payung-payungnya

Tengku Adnan tak bawa payung. Steady je dengan baju hujan warna pink.

Beramah-mesra dengan peminat di pintu dewan.

Semua OK ya? Bos sampai kejap lagi. 

Peti undi baru tiba. Ada yang terpaksa menaiki lori polis.
Keadaan banjir semakin teruk.

MB Johor: "Undi Cina lebih positif..."

Minta pendapat Pak Menteri...

Koh Tsu Koon: "undi Cina masih belum memuaskan. Perlu kerja keras lagi."

11 peti undi terakhir baru saja tiba. Ok, lepas ni TPM boleh datang dewan.

Haaa... Sekarang boleh buat pengumuman rasmi yang rasmi

Calon BN, Azahar Ibrahim dijulang penyokong apabila keputusan diumumkan.
Beliau mengalahkan calon PAS, Normala Sudirman.
BN dapat 6699 undi, PAS dapat 2992. Majoriti: 3707. 

Muram tetapi tetap bersemangat. Syabas untuk jentera PAS

Azahar Ibrahim dikelilingi wartawan selepas kejayaan BN di PRK Tenang

Pegawai SPR yang selesai menjalankan tugas dalam PRK ini.
Pegawai JPP pemilihan PKR, macamana? Aduan semua dah settle ke?

Ulasan Keputusan Pilihan Raya Kecil Tenang - Mazlan Mutallib

Kelemahan yang terdapat di dalam PR dan kurang mantapnya pakatan itu sebagai satu gabungan politik pada dasarnya adalah berpunca dari kelemahan pimpinan di dalam PKR. Pucuk pimpinan parti itulah yang yang sering disebut-sebut sebagai faktor penggandingan kesefahaman dan halatuju di antara parti-parti lain yakni PAS dan DAP yang menganggotai pakatan tersebut. Pimpinan PKR yang lemah dan telah tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menangani permasalahan dan percanggahan yang telah timbul dan mungkin akan terus timbul di dalam permuafakatan politik itu memberi kesan negatif kepada PR. Juga masalah dalaman PKR dan dalam negeri Selangor yang diperintahnya memberi gambaran negatif kepada umum. Para pengundi mungkin telah melihat akan kelemahan ini dan di Tenang, PASlah yang telah menerima penangan dan tempiasnya.
oleh Mazlan Mutallib melalui e-mel



Calon BN untuk pilihanraya kecil Tenang, Azahar Ibrahim
dijulang penyokong setelah keputusan diumumkan.
Calon BN ini menang dengan majoriti 3,707 undi.
Pilihanraya kecil kawasan DUN Tenang pada 30 Januari telah berakhir dengan kemenangan calon BN ke atas calon PAS, seperti yang telah dijangkakan oleh banyak pihak.

Ini adalah berasaskan hakikat bahawa kawasan tersebut memang telah sebegitu lama asyik memilih wakil dari Umno/BN ke DUN Johor dan juga terdapat tiga penempatan FELDA yang merupakan kubu kuat Umno di dalam kawasan tersebut.

Bagaimanapun, memandangkan penurunan mendadak majoriti kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) pada Mac 2008, iaitu lebih kurang 2,500 undi daripada lebih 5,000 semasa pilihan raya 2004, maka Pakatan Rakyat (PR), yang diwakili oleh calon dari PAS, beranggapan bahawa terdapat peluang untuk membuat kejutan.

Ini pula berdasarkan faktor terdapatnya peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi iaitu 52%, berbanding pengundi Melayu sebanyak 48%. Walaupun kawasan tersebut secara tradisinya mempunyai ahli parlimen MCA dan mempunyai reputasi sebagai kubu MCA, PRU 12 telah melihat ramai pengundi Cina dan India memberi undi kepada calon PAS. Peratusan pengundi Cina yang berbuat demikian adalah 64% manakala bagi pengundi India peratusan mengundi PAS adalah 50%.

Faktor tambahan yang menambahkan harapan PAS untuk menang adalah calon parti itu seorang anak tempatan yang pernah bekerja sebagai guru di kawasan tersebut dan sudah dikenali dan disenangi ramai.

Walau tidak menang sekalipun, adalah juga harapan PAS dan PR untuk sekurang-kurangnya terus menguncupkan lagi majoriti kemenangan BN dari 2,500 undi yang diraih semasa PRU 12.

Keputusan pilihan raya kecil Tenang setelah diumumkan secara rasmi amat mengecewakan bagi PAS.

Undi PAS telah mendadak turun dari 2,992 berbanding 3,875 yang didapati dalam PRU 12. Ini adalah penurunan 883 undi atau sebanyak 23% dari pilihan raya sebelumnya.

Peralihan sokongan besar-besaran pengundi Cina dari BN ke PAS telah tidak menjadi kenyataan. Peralihan inilah yang diharap-harapkan sangat oleh PAS dan PR bagi menembus kubu BN tersebut. Peratusan pengundi Cina yang mengundi PAS adalah dianggar 64%, sama seperti yang berlaku semasa PRU 12.

Manakala bagi pengundi Melayu, peratusan yang memberi sokongan kepada BN naik sebanyak 4% kepada 83.3% berbanding PRU 12. Pengundi India juga naik peratusannya yang mengundi BN iaitu lebih 80% berbanding hanya 50% semasa PRU 12.

Penurunan sokongan kepada PAS secara drastik ini tidak diramal langsung sebelum pilihan raya kecil ini.

Satu-satunya kesimpulan yang mungkin boleh dibuat berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Tenang ini ialah sokongan kepada pembangkang sebelum ini bukanlah bersifat tegar.

Berpunca dari ketidakpuasan hati dan marah yang amat sangat di kalangan para pengundi terhadap kerajaan BN yang diterajui oleh Abdullah Badawi, 'tsunami' PRU 12 telah berlaku di mana ramai calon parti pembangkang telah meraih banyak undi dari orang yang sebelum itu tidak pernah mengundi parti pembangkang. Ini juga telah terjadi di Tenang pada Mac 2008, walaupun calon pembangkang tidak menang.

Pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, pengundi mungkin telah melihat dan sedar bahawa Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS adalah satu pakatan politik yang serba lemah dan kurang mantap. Statistik kawasan peti undi menunjukkan 11 dari 12 kawasan peti undi telah dimenangi oleh BN berbanding hanya 9 dari 12 semasa PRU 12. Pengundi yang dahulunya mengundi PAS memilih untuk tidak memberi sokongan kepada parti itu lagi.

Kelemahan yang terdapat di dalam PR dan kurang mantapnya pakatan itu sebagai satu gabungan politik pada dasarnya adalah berpunca dari kelemahan pimpinan di dalam PKR. Pucuk pimpinan parti itulah yang yang sering disebut-sebut sebagai faktor penggandingan kesefahaman dan halatuju di antara parti-parti lain yakni PAS dan DAP yang menganggotai pakatan tersebut. Pimpinan PKR yang lemah dan telah tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menangani permasalahan dan percanggahan yang telah timbul dan mungkin akan terus timbul di dalam permuafakatan politik itu memberi kesan negatif kepada PR. Juga masalah dalaman PKR dan dalam negeri Selangor yang diperintahnya memberi gambaran negatif kepada umum. Para pengundi mungkin telah melihat akan kelemahan ini dan di Tenang, PASlah yang telah menerima penangan dan tempiasnya.

Sekiranya dilihat 'trend' di kalangan pengundi muda pula, penunjuk dari Tenang juga pasti tidak menggembirakan PAS dan PR.

Pengundi muda kerap dilaung-laungkan sebagai segmen pengundi yang lazimnya menerima dan menyokong mesej perubahan yang dibawa oleh PR. Bagaimanapun, di Tenang, analisa saluran undi di kawasan-kawasan peti undi menunjukkan sokongan terhadap PR di kalangan pengundi muda telah jatuh mendadak dan bertambah pula untuk BN. Ini adalah sesuatu yang PAS dan PR perlu beri perhatian serius oleh sebab perubahan selera pengundi muda ini adalah tidak dijangka dan mungkin diulangi di kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain.

Majoriti kemenangan BN sebanyak 3,707 undi, 63% darinya telah didapati dari tiga kawasan Felda iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat yang rata-rata adalah kawasan pengundi Melayu. Mengambilkira keseluruhan 83.3% undi Melayu yang diraih BN, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Melayu tidak ada ataupun telah hilang kepercayaan  dan keyakinan terhadap PR dan kepimpinannya yang diterajui oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tidak menganggap PR sebagai satu alternatif yang mantap dan berupaya untuk memerintah negara oleh sebab kelemahan kepimpinannya dan ketiadaan kesungguhan di kalangan pemimpinnya untuk memantapkan pakatan itu untuk menjadi satu gabungan politik yang tulin dalam erti katanya yang sepenuhnya.

Satu gabungan politik yang benar sekurang-kurangnya akan mempunyai satu formula atau jalan penyelesaian yang boleh diterima sesama sendiri untuk menetapkan calon parti manakah yang wajar bertanding di sesuatu kawasan bagi memaksimumkan peluang untuk gabungan itu menang. Sama-samalah kita saksikan sama ada di Merlimau, di mana pilihan raya kecil seterusnya akan diadakan, PAS dan PKR akan mencapai satu persetujuan calon siapakah yang wajar bertanding berdasarkan sebab-sebab yang rasional dan munasabah dan yang boleh mencerahkan harapan untuk Merlimau dirampas dari BN.



MAZLAN MUTALLIB

22 January 2011

Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Tenang

Geng merah memasuki Labis.

Berita Harian percuma di Pekan Labis.
Orang Labis suka membaca.

Bendera biru memenuhi ruang pekan Labis.




Ada di kalangan pemilih membuat banner menuntut
janji yang belum ditunaikan

Penyokong BN. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim lebih
dikenali sebagai 'Tok Ai'. 

Nampaknya peminat BN agak ramai di pekan Labis.
Kereta, konvoi motor, bendera, orang...
semua ada logo dacing. Banyak belanja...


Penyokong BN dari IPP juga datang mencukupkan syarat.

Yang lama...

...dan yang baru pun turun. 

Nampak macam satu Johor sokong Tok Ai kita ni
(jangan konfius dengan DSAI)

Kehadiran YB Zuraidah menyerikan kem
Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat...





Kumpul tandatangan membantah kenaikan harga barang

Borang pencalonan ditayang untuk bantahan

Kawalan polis yang baik mengelakan kekecohan besar.

Komen brader jual air kelapa:
"Tak kisahla siapa pun yang menang.
Saya tetap jual air kelapa."

Pusat kempen BN, memang meriah.


Kesesakan lalulintas di Labis akibat pelancong politik,
penyokong luar dan jentera impot untuk
membantu parti yang bertanding.