Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

18 May 2011

Surat Terbuka Kepada Dr. Wan Azizah - Wan Nasuha

Ketika ummah bercakaran maka langkah pro-aktif dituntut untuk menghentikan segala kekusutan ummah. Hakikatnya, hanya Dr Wan Azizah sahaja di muka bumi ini yang berupaya untuk menyelesaikan kekusutan ini. Dr Wan Azizah perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat. Hanya Dr Wan Azizah yang mampu untuk menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini.
oleh Wan Nasuha Wan Hassan melalui e-mel



Sebagai isteri dan ibu, saya turut bersimpati dengan derita yang melanda Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya dengan isu pendedahan video seks yang didakwa menunjukkan Anwar Ibrahim melakukan perhubungan seks dengan seorang pelacur Cina. Mana-mana isteri di dunia ini akan luluh hati terluka jika benar suaminya telah berzina, dirakam aksi seks dan tersebar seluruh dunia. Disiarkan pula setiap hari dan malam di kaca televisyen.

Jika benar ini fitnah dan dusta, alangkah teraniaya beliau dan anak-anaknya sebagai seorang Muslimah. Alhamdulillah, setakat ini Dr Wan Azizah kelihatan tabah berdiri teguh di sisi suami meskipun diserang bertubi-tubi oleh pihak musuh politik. Dr Wan Azizah telah membuat kenyataan demi kenyataan bahawa lelaki di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Malangnya, masih ada yang mempercayai Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam video seperti yang didakwa.

Dakyah Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain media Umno/BN telah berjaya meracuni minda sebahagian besar masyarakat. Ummah telah berpecah dan berbalah kerana video ini, sehingga masjid dijadikan gelanggang pergaduhan. Hukum syariah, ayat-ayat suci Al Quran menjadi bahan mainan dengan tafsiran-tafsiran ikut selera politik dan agama Islam diperlekehkan. Keretakan di kalangan ummah memberi ruang kepada musuh untuk bertindak.

Ketika ummah bercakaran maka langkah pro-aktif dituntut untuk menghentikan segala kekusutan ummah. Hakikatnya, hanya Dr Wan Azizah sahaja di muka bumi ini yang berupaya untuk menyelesaikan kekusutan ini. Dr Wan Azizah perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat. Hanya Dr Wan Azizah yang mampu untuk menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini.

Selama ini penafian secara lisan dari beliau telah diperlekehkan atas alasan beliau berkepentingan sebagai isteri untuk melindungi reputasi suami beliau. Tambahan pula si isteri adalah presiden parti yang berketua umumkan si suami. Mahu tak mahu, Dr Wan Azizah harus mengambil tindakan yang lebih tegas dan berani untuk menamatkan fitnah jijik ini.

Maka dengan ini, saya dengan segala rendah hatinya mencadangkan supaya Dr Wan Azizah membuat sumpah laknat atas nama Allah bahawa pelaku dalam video itu bukan suami beliau. Selepas membuat sumpah tersebut, beliau haruslah mengadakan sidang media di mana jam Omega suami beliau yang selama ini saya percaya di dalam simpanan beliau ditunjuk kepada para hadirin.

Tindakan Dr Wan Azizah yang tegas ini akan sekaligus menamatkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim dan menyelamatkan ummah dari berpecah. Tiada insan rasional dapat menolak kesahihan sumpah laknat yang dibuat oleh Dr Wan Azizah, malah itu lebih efektif dari apa-apa sumpah laknat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri. Apatah lagi diperkukuhkan dengan adanya jam Omega yang menafikan sama sekali bahawa Anwar telah berada di tempat di mana video hubungan seks haram telah dirakam.

Saya yakin Dr Wan Azizah sedar dan peka bahawa kewajipan beliau kepada Allah SWT untuk menegakkan kebenaran dan keadilan mengatasi segala pertimbangan duniawi. Sesungguhnya penyelesaian kepada isu yang kian memecahbelahkan ummah ini terletak di tangan beliau. Saya amat berharap dan berdoa beliau menyambut baik cadangan ini dan seterusnya mengambil tindakan yang dicadangkan, Insya-Allah.

Sekian, Wasallam.



WAN NASUHA BINTI WAN HASSAN

17 February 2011

Sore Ronnie calls Wan Azizah a ‘liar’ - Luke Rintod

Sabah PKR has landed itself in trouble again, this time over a comment by its president Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Barely hours after interim Sabah PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail announced a state revamp and the formation of 12 committees in preparation for the coming general election, she has s been called a “liar”.

Sabah PKR former communication director, Ronnie Klassen, has taken offence to Wan Azizah’s claim that his post was “non-existent” and that he was “self-appointed”.

“Wan Azizah today issued a press statement in the local news media in Sabah saying that the ‘post of communications director of Sabah PKR does not exist, there was no such post and there never was’. She stated that I self-appointed myself to the post.

“Today I am saying Wan Azizah is a liar because in July 2009, I was offered the post, and it took me two weeks to decide on it.

“On Aug 2, 2009, when Azmin Ali (then Sabah PKR chief) called for a press conference in Sandakan in his first state liaison meeting, he announced my appointment as communication director on the advice of de facto leader Anwar Ibrahim; so she lied,” Klassen told reporters here today.

Klassen, who took Wan Azizah to task not only for lying but for her unappreciative attitude, claimed that all this while Wan Azizah, Anwar and almost everyone in PKR leadership realised and acknowledged his role as its communication director in Sabah.

“She even congratulated me after I gave a speech during a meeting with jobless Sabahans, which I and the DAP, organised in Petaling Jaya in April 2010. I was called to the stage as Sabah PKR communication director. Lim Kit Siang was also there.

“I was not under PKR payroll. My key people and myself sacrificed time for this cause.

“So Wan Azizah’s words were a shock to me after 18 months in the post. I served under Azmin and (later) Ahmad Thamrin Jaini as well as under Pajudin Nordin’s brief tenure as state PKR chief,” he said.

Weighing his options

On the insinuation by Wan Azizah that he was not acting for PKR when he lodged a police report against the self-proclaimed Sulu sultan Akjan Muhammad Ali on Feb 11, Klassen said he and Dr Chong Eng Leong did so as responsible Malaysian citizens.

“But by saying I acted on a personal basis, does this mean PKR leadership is agreeing to the proclamation of a Sulu sultan here in Sabah?” he asked.

He also denied that he was a sore loser because, like his close friend Ansari Abdullah (Tuaran chief), he was not part of Wan Azizah’s newly minted 12-member presidential council announced earlier today.

Klassen said he could not understand why after 18 months of hard work, Wan Azizah had decided to brush aside his role as if it never mattered or existed.

“In the 18 months, a lot of functions had been organised by PKR and in some I was invited as a speaker. I was announced as the communication director. Now suddenly she said there was no such post.

“Invitations to PKR press conferences had always been extended by me as the communication director,” he added.

He said he even organised a dialogue with about 150 young professionals with PKR adviser Anwar Ibrahim at the Kinabalu Club in September 2009, soon after he assumed his role.

According to Klassen, he was tasked by the central leadership to open the mind of young people to PKR struggles and he thought he did the best for the party.

But the latest incident has forced him to review his situation.

“I am weighing my option, but I will stick with the opposition side.”

“I’ve managed to accumulate close to 100,000 followers online.

“At any one time there are one million people who could receive any message from me through my Facebook, blog and e-mails,” Klassen claimed.

12 January 2011

Memorandum Perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak

TARIKH: 6 JANUARI 2011

Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


MEMORANDUM PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI PERAK


PREMIS

1. "Hai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu..."

2. "Katakanlah: "lnilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutikau mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata "

3. Makna kepada kehidupan manusia adalah mereka yang benar-benar hidup menghayati peraturan, undang-undang dan nilai-nilai hidup yang luhur yang ditetapkan Allah. Tanpa berperaturan manusia akan terus meraba-raba dalam kegelapan/kesamaran untuk mencari kebenaran yang hakiki.

4. Kejayaan Rasulullah s.a.w adalah ketika mana Baginda Menjadikan Islam Sebagai Peraturan Yang Sempurna Yang Mentadbir Hidup Manusia – menyusun masyarakat, mengatur perhubungan di antara manusia dan menentukan nilai-nilai manusia dan benda. Sesungguhnya Islam itu adalah suatu ‘aqidah yang melahirkan syariat dan terbina di atas syariat itu suatu sistem atau peraturan.

5. Sebagai sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik dan progresif sudah pasti menghayati suatu sistem atau peraturan sebagai asas perjuangan. Sistem atau peraturan dalam parti berasaskan kepada perlembagaan parti yang dipersetujui bersama dalam Kongres Khas menerima perlembagaan baru dengan semangat muafakat pimpinan dan anggota parti

6. Para pimpinan dan anggota parti dituntut untuk mewujudkan budaya dan prinsip demokrasi yang didasarkan pada konsep (rule of law), antara lain menyatakan “ Tidak adanya kekuasaan yang sewenang-wenang “.

7. Dalam konteks pemilihan pengerusi MPN, fasal 16.6 dalam perlembagaan parti diguna pakai sebagai asas mewujudkan budaya Rule of Law dengan semangat berperaturan. Justeru kehadiran Dr Mansor Osman Naib Presiden , diarah oleh Biro Politik bertemu 24 Ketua-ketua Cabang di Perak pada 16 Disember 2010 adalah bagi melaksanakan fasal 16.6 melalui pendekatan undian. Proses ini berjaya dilakukan dengan baik dan meyakinkan.

8. Hasil daripada proses ini, Dr Mansor Osman mengumumkan bahawa 2 orang calon untuk Pengerusi MPN dicapai seperti berikut :-

  • Sdr Mustaffa Kamil Ayub mendapat undian 13 undi
  • Dr Muhammad Nur Manuty mendapat undian 10 undi
  • Sementara seorang Ketua Cabang berkecuali

9. Adalah menjadi tandatanya kenapa kehadiran Puan Fuziah Salleh, Naib Presiden pada 23 Disember 2010 yang diarah oleh Ketua Umum dan Presiden untuk bertemu 5 orang pimpinan kanan cabang dengan misi mendapat konsensus bagi perlantikan Pengerusi MPN. Ini bertentangan dengan fasal 16.6 yang termaktub dalam perlembagaan. Bukan itu sahaja, situasi dan kondisi ini menimbulkan keraguan dan konflik pada pimpinan cabang dalam konteks mewujudkan budaya Rule of Law dalam parti.

10. Dalam saat parti yang sedang tercemar imejnya, berikutan manipulasi dalam pemilihan MPP, hubungan sesama ahli-ahli yang masih belum dipulihkan, tiada indikator yang serius untuk menyelesaikan bantahan yang dikemukakan oleh cabang-cabang yang terlibat. Kini timbul satu lagi keadaan yang memualkan khususnya di Perak yang mengundang bencana kepada parti dalam menghadapi PRU13 yang sangat hampir.

11. Sesungguhnya kami :-
  1. Md Nasib Rahin, Ketua Cabang Bagan Serai,
  2. Mohd Yunus Hashim, Ketua Cabang Lenggong,
  3. Tun Ali Tun Hamzah, Ketua Cabang Kuala Kangsar,
  4. Mohamad Aun Yob Abas, Ketua Cabang Sungai Siput,
  5. Zulkifly Ibrahim, Ketua Cabang Tambun,
  6. M.A. Tinagaran , Ketua Cabang Ipoh Barat,
  7. Kapt ( B ) Usaili Alias, Ketua Cabang Parit,
  8. Vijayanathan , Ketua Cabang Beruas,
  9. MP Shanmugam, Ketua Cabang Lumut,
  10. Ridzuan Bani, Ketua Cabang Tapah,
  11. Mohamad Hashim, Ketua Cabang Teluk Intan,
  12. Mejar (B) Kamal Badri, Ketua Cabang Tanjung Malim,
  13. Alias Zenon, Ketua Cabang Padang Rengas, dan
  14. Madhi Hj Hasan, Ketua Cabang Bagan Datok

merayu serta meminta Y. Bhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat mempertimbangkan butiran berikut:-
a. Menghormati fasal 16.6 dalam perlembagaan parti;

b. Melaksanakan keputusan undian yang dinyatakan dalam perenggan no. 8 dalam Memorandum ini.

12. Bersama-sama Memorandum ini dilampirkan tulisan bertajuk Pendapat Perundangan Mengenai Perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak untuk perhatian Dato’ Seri agar keputusan yang tepat dapat diambil.


PENDAPAT PERUNDANGAN MENGENAI PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI PERAK

1. Jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) adalah salah satu daripada jawatan lantikan Presiden yang dinyatakan dalam Fasal 16.5 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat.

2. Fasal 16.6 pula adalah fasal baru yang dimasukkan setelah pindaan Perlembagaan Parti pada tahun 2009 yang memberi hak perundingan (consultative right) kepada Ketua-ketua Cabang dalam negeri berkenaan dalam hal perlantikan PMPN.

3. Fasal 16.6 berbunyi:

“Pengerusi Majlis Pimpinan setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Presiden setelah berunding dengan Ketua-ketua Cabang di Negeri-negeri berkaitan dan Wilayah Persekutuan. Perundingan tersebut perlu dibuat di dalam suatu mesyuarat setelah notis diberi kepada semua Ketua Cabang Dalam Negeri berkaitan dan Wilayah Persekutuan.”

4. Empat elemen penting dalam fasal tersebut adalah:

(i) Kewajipan mengadakan perundingan
(ii) Hak eksklusif ketua-ketua cabang untuk dirundingi
(iii) Keperluan memanggil suatu mesyuarat dengan ketua-ketua cabang
(iv) Notis kepada ketua-ketua cabang

5. Secara ringkas, fasal 16.6 menekankan tentang ‘perundingan dengan ketua-ketua cabang’ walaupun tidak memperincikan bagaimana proses perundingan dan pembuatan keputusan itu dilakukan. Oleh itu, kaedah mengendalikan perundingan itu adalah bergantung kepada budi bicara Presiden.

6. Fasal 16.6 juga memberikan peruntukan khusus tentang siapa yang perlu dirundingi (iaitu ketua-ketua cabang sahaja), keperluan mengadakan satu sidang mesyuarat khas Presiden dengan ketua-ketua cabang dan pemberian notis secukupnya untuk memelihara hak ketua-ketua cabang untuk hadir dan terlibat dalam menjalankan agenda tersebut.

7. Tujuan Perlembagaan Parti memberikan hak perundingan kepada ketua-ketua cabang adalah kerana dalam struktur organisasi KEADILAN, entiti yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan adalah parti induk dan cabang-cabang sahaja.

8. MPN tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, maka kewujudannya adalah atas legitimasi yang diperolehi daripada cabang-cabang yang berdaftar. Fungsi asal MPN pada asasnya hanyalah sebagai badan penyelaras bagi cabang-cabang dalam negeri berkenaan.

9. Fasal 16.6 tidak pula menyebut perkataan “konsensus”. Namun, tidak dinafikan dalam apa-apa organisasi pun, tanggungjawab pemimpin atau pengerusi mesyuarat sememangnya adalah seboleh-bolehnya untuk membentuk dan mendapat konsensus.

10. Dalam konteks fasal 16.6, satu-satunya konsensus yang perlu didapatkan oleh Presiden adalah konsensus ketua-ketua cabang dalam satu mesyuarat yang khas dan bernotis.

11. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, kaedah penjalanan proses perundingan dengan ketua-ketua cabang dan pembuatan keputusan adalah terbuka kepada budi bicara dan kebijaksanaan Presiden. Sekiranya mesyuarat itu gagal mendapat suatu keputusan yang disepakati semua ketua cabang, maka Presiden boleh memanggil satu undian dari ketua-ketua cabang.

12. Konvensyen yang diterima dalam amalan ‘representative democracy’ (demokrasi perwakilan) adalah apabila Pengerusi atau Presiden membuat keputusan agar sesuatu keputusan itu diputuskan melalui pengundian maka keputusan pengundian oleh perwakilan-perwakilan itu mestilah dihormati. Dalam konteks MPN, ketua cabang mempunyai peranan perwakilan sebagai ahli Parlimen atau ADUN iaitu mereka telah dipilih oleh majoriti ahli-ahli dalam konstituensi iaitu cabang masing-masing. Oleh itu, melalui konsep “majority shall rule” maka suara majoriti dalam undian perwakilan-perwakilan mestilah diterima.

13. Sebarang penyimpangan dari konsep ini amatlah tidak wajar. Pemahaman mengenainya telah terbentuk sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila guru kelas membuka undian untuk memilih ketua kelas. Apabila undian dibuka, maka guru kelas telah mengenepikan kuasanya untuk membuat lantikan terus. Guru kelas mesti menghormati keputusan majoriti anak-anak murid, jika tidak maka proses itu adalah satu ‘mockery’.

14. Hak eksklusif ketua-ketua cabang dalam perihal MPN bukan sahaja dinyatakan di dalam fasal 16.6. Dalam fasal 22.6 dan 22.7, dinyatakan bahawa mana-mana ahli MPP, ahli Parlimen dan ADUN yang menghadiri mesyuarat MPN tidak boleh mengundi. Dalam kes pemilihan PMPN, ahli-ahli MPN pada masa tersebut hanyalah ketua-ketua cabang kerana jawatan-jawatan lantikan belum diisi. Oleh itu, hanya ketua-ketua cabang boleh mengundi dalam hal ehwal pemilihan PMPN.

15. Penglibatan atau undian daripada pihak-pihak lain seperti ketua-ketua AMK Cabang, ketua-ketua Wanita cabang, Ahli Parlimen atau ADUN adalah tidak wajar dan tidak sah. Wilayah dan batasan kuasa antara MPN, Majlis Pimpinan AMK Negeri dan Majlis Pimpinan Wanita Negeri adalah jelas. Sebarang masalah yang ingin disampaikan oleh ketua-ketua Wanita atau ketua-ketua AMK cabang boleh dibawa oleh Ketua AMK Negeri dan Ketua Wanita Negeri dalam mesyuarat MPN kelak.

16. Dalam kes rampasan kuasa Negeri Perak tahun 2009, isu yang utama ialah tiadanya usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam sidang DUN yang sah. Walaupun isu itu nampaknya bersifat prosedural, tetapi ia membawa kepada satu krisis perlembagaan kerana berlaku penafian kepada peranan institusi DUN dan hak wakil-wakil rakyat di bawah konsep ‘representative democracy’.

17. Dalam kes MPN, institusi cabang dan hak eksklusif ketua cabang dalam undian dan perundingan tidak boleh dinafikan. Ini kerana ketua-ketua cabanglah yang secara automatik akan menganggotai, menyumbang dan bertanggungjawab kepada MPN, bukannya pihak-pihak lain. Sekiranya pertanggungjawaban daripada mereka diperlukan, maka hak mereka sebagai perwakilan mestilah dihormati. Ini berdasarkan kepada kaedah “no taxation without representation”.

18. Perlembagaan Parti tidak menetapkan pemilihan PMPN melalui undi popular secara terus. Pendekatan ini ada hikmahnya kerana MPN itu sendiri pada asasnya adalah badan penyelaras. Dalam tradisi Islam, syura oleh ‘ahlul halli wal aqdi’ ternyata berkesan kerana tidak semua isu-isu dalaman dan sulit boleh dihadam dan dibincangkan oleh semua orang. Mereka yang tidak mempunyai kelayakan untuk ikut serta dalam memutuskan satu perkara yang sulit dengan mudah boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

19. Dalam pengalaman demokrasi moden, parti-parti seperti Parti Konservatif di Britain memberikan hak eksklusif memilih “the Leader of the Conservative Party” kepada kelompok Ahli-ahli Parlimen mereka sahaja. Perkara yang sama juga diamalkan dalam Parti Buruh Britain sehingga tahun 1983. Di negara barat sendiri, pendekatan pemilihan pemimpin utama yang hanya melibatkan kelompok terpilih masih diamalkan dalam kebanyakan parti-parti politik.

KES PENGERUSI MPN PERAK

20. Dalam kes pemilihan MPN Perak, Presiden telah menurunkan kuasanya kepada Naib Presiden untuk memenuhi kehendak Fasal 16.6. Dalam mesyuarat pertama, Naib Presiden Dato’ Mansor Othman telah menjalankan mesyuarat. Kehadiran dalam mesyuarat tersebut boleh dipertikaikan kerana ianya turut dihadiri oleh mereka yang bukan ketua cabang termasuk bekas pegawai parti, bekas ahli MPN lantikan, bekas Ketua Wanita Negeri dan lain-lain. Satu salinan memorandum yang ditandatangani oleh 16 Ketua Cabang yang menyokong Sdr Mustaffa Kamil Ayub telah disampaikan. Di samping itu, ada cadangan juga untuk Dr Mohd Nur Manuty dan Dr Lee Boon Chye dilantik. Naib Presiden akan membawa cadangan-cadangan tersebut kepada Presiden.

21. Presiden memutuskan untuk menyerahkan mandat untuk memutuskan keputusan dengan secara undian. Mesyuarat kedua diatur oleh Dato’ Mansor dengan notis secukupnya kepada ketua-ketua cabang sahaja. Daripada 24 ketua cabang, Sdr Mustaffa Kamil mendapat 13 undi, Dr Mohd Nur 10 undi dan satu undi berkecuali. Dr Lee Boon Chye telah menarik diri sebelum pengundian. Ketua-ketua cabang mengundi dengan keyakinan bahawa mereka telah menjalankan hak demokratik yang mereka miliki dan keputusan melalui suara majoriti adalah penentu yang muktamad.

22. Tanpa diduga, mesyuarat ketiga dipanggil oleh Naib Presiden yang lain iaitu Puan Fuziah Salleh yang melibatkan 5 orang dari setiap cabang untuk membincangkan perkara yang disangkakan sudah muktamad. Tindakan ini adalah bercanggah dengan Fasal 16.6 kerana ia menafikan “consultative and representative rights” yang dimiliki oleh ketua-ketua cabang yang dipilih oleh ahli-ahli. Perkataan “konsensus” telah dijadikan alasan untuk mengikut sertakan pihak-pihak yang bukan ketua cabang dalam proses pemilihan PMPN. Pemulangan semula mandat penuh kepada Presiden sepertimana yang kononnya diputuskan dalam mesyuarat tersebut adalah tidak sah. Hanya ketua-ketua cabang melalui persetujuan majoriti di kalangan mereka boleh memulangkan mandat tersebut dan membatalkan keputusan undian dalam mesyuarat yang lalu.

23. Kesimpulannya, perlantikan mana-mana pihak selain daripada yang diputuskan oleh suara majoriti ketua-ketua cabang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Parti, konvensyen yang diamalkan dalam tatacara mesyuarat parti-parti siasah dan prinsip demokrasi yang adil dan bebas. Ini kerana Presiden telah memberi hak mengundi kepada ketua-ketua cabang sebagai kaedah pemutus dalam satu sidang yang sah dan teratur. Oleh itu, keputusan tersebut mestilah dilaksanakan bagi mengelakkan pertikaian dan keraguan terhadap integriti parti dan pimpinannya.



Tarikh: 6 Januari 2011

10 December 2010

Menyokong tindakan Che'GuBard tidak iktiraf pemilihan PKR - Aktivis Reformasi


Aktivis Reformasi menyokong tindakan Sdr Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai “Che'GuBard” yang telah membuat pendirian tegas untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan parti dengan menuntut penjelasan bertulis daripada parti berhubung pelbagai dakwaan manipulasi, penipuan dan salahlaku JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat di bawah pimpinan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution.

Aktivis Reformasi mendesak keras agar pimpinan parti khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah, memberi perhatian serius terhadap tuntutan yang dibuat oleh Che'GuBard. Aktivis Reformasi sangat kesal jika pucuk pimpinan meremeh-remehkan tuntutan Che'GuBard ini. Aktivis Reformasi kini juga sedar bagaimana pucuk pimpinan parti merendahkan tuntutan dari orang bawahan. Pucuk pimpinan harus ingat bahawa orang bawahan inilah yang menyokong parti dengan mengharungi gas pemedih mata, bermandi asid dan dibelasah belantan FRU, terkini dalam demonstrasi isu air Selangor minggu lepas.

Ketika golongan elit bersenang-lenang di keliling Ketua Umum, Che'GuBard memimpin massa meskipun tidak memegang sebarang jawatan tinggi parti dan ditentang polis FRU. Tiada gunanya menjadi pemimpin berjawatan tinggi jikalau tidak berani untuk tampil sebagai pejuang kental ketika semboyan menuntut kita turun di jalanan melawan kezaliman.

Aktivis Reformasi amat bersetuju bahawa politik naungan adalah satu malapetaka kepada perjuangan parti. Politik naungan kini sedang melanda PKR apabila kumpulan-kumpulan yang menjadi elitis di sisi Ketua Umum, dengan biaya kewangan mereka yang sungguh mewah, sedang membentuk barisan kepimpinan parti yang baru.

Aktivis Reformasi juga ingin menyatakan kegusaran tentang budaya politik ampu-mengampu yang selama ini menjadi darah daging UMNO, kini sedang menular, berkembang dan subur dalam PKR. Budaya seumpama ini akan membuatkan parti terpesong dari landasan perjuangan sebenar sebagai sebuah gerakan reformasi rakyat.

Parti hendaklah berwaspada dengan kelompok yang berselindung atas nama reformasi tetapi seumpama lintah darat dengan satu tujuan, iaitu mengambil kesempatan mencari projek dan peluang perniagaan. Kumpulan-kumpulan lintah darat ini sedang berada di sekeliling Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan memegang jawatan besar dalam parti. Kumpulan lintah darat ini sedang mengampu pimpinan parti dan mendapat sokongan para-para YB yang lupa diri. Kumpulan lintah darat ini juga mempunyai beberapa YB dalam lingkungannya dan mereka telah dikenalpasti mengampu pimpinan tertentu dan Ketua Umum bagi memastikan dapat bertanding pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pemilihan secara ‘1 ahli 1 undi’ adalah langkah berani parti untuk menyuburkan demokrasi tetapi hanya jika pemilihan dijalankan dengan telus, adil dan bersih. Justeru itu, jika pemilihan ‘1 ahli 1 undi’ dipenuhi dengan penipuan, manipulasi undi dan amalan politik wang yang berleluasa di sana-sini, maka pemilihan parti tidak membawa apa-apa makna, malah parti akan dilihat berkompromi dengan penipuan dan membenarkan ketidakadilan berlaku dalam parti yang mahu berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Aktivis Reformasi mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa gerakan reformasi sedang meneruskan perjuangan tegasnya menuntut keadilan dan ketelusan dari SPR melalui siri Demo Bersih, tetapi dalam masa yang sama PKR sedang membenarkan barisan Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik parti dibentuk hasil daripada proses pemilihan yang penuh penipuan dan politik wang.

Aktivis Reformasi berjanji akan terus memelihara prinsip-prinsip keluhuran Gerakan Reformasi sebagai sebuah Gerakan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Permatang Pauh, satu gerakan yang diangkat oleh rakyat sebagai agen perubahan pada tanggal 12 September, 1998.

Akhir sekali, Aktivis Reformasi ingin menekankan bahawa perjuangan reformasi adalah perjuangan rakyat dan bukan perjuangan untuk individu tertentu, samada Anwar Ibrahim atau anak-anak emasnya.

Salam reformasi.



AKTIVIS REFORMASI

09 December 2010

Perlantikan Canselor UNISEL - Ridzuan Zakaria

Pada 20 November, Rosmah Mansor telah mengumumkan pengunduran diri dari jawatan Canselor Unisel. Sejak itu berbagai-bagai spekulasi telah timbul mengenai pengganti beliau.

Pada Kongres PKR baru-baru ini, Syed Husin Ali telah dicadangkan sebagai pengganti. Syed Husin, dalam kerasulannya, telah menolak cadangan tersebut. Sebaliknya, Syed Husin penuh dengan semangat anti-feudalisma, telah mencadangkan isteri boss, Wan Azizah Ismail. Mungkin Syed Husin menolak kerana segan-silu dilabel sebagai Canselor masuk pintu belakang seperti cara beliau menjadi Ahli Parlimen.

Tidak kira Syed Husin atau Wan Azizah, perlantikan antara dua tokoh ini akan menjejaskan nama baik Ketua Umum. Jika Syed Husin dilantik, dituduh kronisma; kalau Wan Azizah dipilih, dituduh nepostima.

Ketua Umum, sebagai pendukung wahid reformasi, harus berubah dari pradigma kolot UMNO/BN yang melantik ahli politik yang telah luput tarikhguna atau dari golongan bangsawan yang menganggur untuk menjadi Canselor universiti. Ketua Umum mestilah membuat perlantikan yang luar dari kotak.

Canselor Unisel yang baru wajib mampu membawa perubahan dan kecemerlangan kepada Unisel. Seorang ulama yang berintegriti. Seorang yang lazim dengan persekitaraan menara gading. Seorang dari akademia. Seorang yang tidak mempunyai ‘bagasi lebihan’ di arena politik tanah air tetapi dikenali umum.

Hanya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dapat menemui syarat-syarat tersebut.


RIDZUAN ZAKARIA
Seberang Jaya

Anugerah Tuhan - Abas Azizan

Sungguh terharu hati saya apabila mendengar presiden PKR mengatakan bahawa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ‘anugerah Tuhan’. Memang banyak harungan dan cabaran hidup, mahupun kezaliman yang telah dilalui dan dihadapi oleh Datuk Seri Anwar. Setiap cabaran itu telah beliau hadapi dan tangani dengan penuh tekad dan tabah. Ketokohan beliau menyerlah setiap kali.

Bagaimanapun, perasaan terharu itu, apabila saya fikirkan dengan mendalam, mahu tak mahu, bercampur aduk juga dengan sedikit kekhuatiran.

Sememangnya Wan Azizah seorang isteri yang setia, yang mahu berdiri teguh di samping suaminya yang sekarang ini melalui kegetiran samada di arena politik negara ataupun di arena peribadi. Hakikat itu saya terima. Apa yang saya bimbang dan khuatirkan adalah dengan mengangkat Anwar sebegitu rupa, perkataan Azizah akan disalahtafsirkan sebagai mendewa-dewakan Anwar seolah Anwar adalah seorang yang maksum dan tidak pernah melakukan kesalahan. Sekiranya tanggapan ‘Anwar maksum’ ini menjadi realiti, itu adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat di kalangan pengikut-pengikut Anwar.

Sayugia diingatkan, sebenarnya Anwar juga pernah melakukan kesilapan – banyak kesilapan di dalam likar-liku kehidupan beliau. Jauh sekali dari maksum ’anugerah Tuhan’ ini.

Beliau tersilap apabila gemar sangat menggaji orang-orang muda yang handsome dan tinggi lampai sebagai kakitangan pejabat beliau. Setelah pernah difitnah oleh Mahathir dengan dituduh dan dipenjara atas kesalahan seks luar tabii atau seks homoseksual, adalah silap untuk Anwar sekali lagi membiarkan pemuda-pemuda tinggi lampai dan handsome berkeliaran di pejabat beliau. Peluang telah terbuka untuk apa yang terjadi sebelumnya terjadi sekali lagi. Nah, sekarang timbul pula Sodomi 2!

Anwar tersilap apabila meminta maaf kepada beberapa pendokong Zionisma semasa melawat Amerika Syarikat beberapa bulan lepas. Kenapa perlu beliau meminta maaf tidak pula pernah diperjelaskan olehnya kepada rakyat di Malaysia. Beliau juga telah jelas tersilap sekiranya memikirkan laporan beliau meminta maaf itu tidak akan sampai ke telinga orang di Malaysia.

Anwar juga telah tersilap mengenai kes 16 September 2008. Tidaklah diketahui dan tak pernah pula beliau memberi penjelasan atas asas apa yang beliau percaya 30 orang wakil rakyat BN akan dapat dipengaruhi untuk melompat masuk ke Pakatan Rakyat dan seterusnya membuka laluan untuk Anwar menjadi perdana menteri negara.

Anwar telah mengumumkan, sebaik sahaja dilantik menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, bahawa beliau akan membawa berbilion-bilion wang pelaburan dari Timur Tengah ke negeri Selangor. Ini nampaknya adalah satu kesilapan sebab sehingga kini tak kelihatan pun pelaburan dari Timur Tengah itu.

Ini tidak lagi termasuk kesilapan-kesilapan yang pernah Anwar lakukan semasa beliau berada di dalam parti Umno. Dan sekira difikirkan betul-betul, kemasukan beliau ke dalam Umno dahulu itu pun boleh dianggap sebagai satu kesilapan. Mana pula boleh seorang ‘anugerah Tuhan’ masuk parti sekular? Insan yang sedemikian sewajarnya masuk ke parti yang sentiasa berusaha untuk redha Tuhan, iaitu PAS.



ABAS AZIZAN

23 November 2010

Pucuk Pimpinan parti punca kemelut pemilihan PKR - Aktivis Reformasi

Aktivis Reformasi berasa terpanggil untuk mengambil tanggungjawab memberitahu pucuk pimpinan parti umumnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah bahawa apa yang berlaku kepada parti hari ini adalah berpunca dari pimpinan parti di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlebihan bermain politik demi kepentingan peribadi daripada berusaha membina parti menjadi sebuah organisasi politik yang benar-benar demokratik melalui pemilihan 1 ahli 1 undi.

Pucuk pimpinan mesti mengambil tanggungjawab penuh atas krisis dan kemelut perpecahan serta pergaduhan yang berlaku akibat kegagalan mengendalikan pemilihan parti secara adil dan telus. Imej parti sebagai sebuah gerakan rakyat yang menuntut perubahan serta reformasi kini tercalar teruk, sekaligus menggugat keyakinan anggota dan rakyat Malaysia terhadap Parti Keadilan Rakyat.

Aktivis Reformasi kecewa apabila melihat pucuk pimpinan lebih mementingkan jawatan dan pangkat serta kedudukan selesa di sisi Anwar Ibrahim daripada mengambil peduli rintihan serta keluhan anggota bawahan. Semua permasalahan yang dibangkitkan oleh anggota bawahan dianggap remeh dan tidak penting. Pimpinan parti tidak bersungguh-sungguh untuk menangani permasalahan yang dibangkitkan. Semua permasalahan tidak diselesaikan secara tuntas dan bertanggungjawab; hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan sampah disapu masuk bawah karpet, asalkan tidak menjejaskan kedudukan pemimpin tinggi parti.

Sejak awal pemilihan parti lagi, kelemahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat dalam mengendalikan pemilihan, dan ketidakupayaan untuk menyediakan satu persekitaran pertandingan yang adil dan sama rata bagi semua pihak yang bertanding sering dibangkitkan. Gesaan agar JPP diperkemas tidak dipedulikan. Desakan supaya pemilihan ditangguh juga dibakulsampahkan.

Sehingga hari ini isu manipulasi undi yang berlaku di Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Tawau serta Kubang Pasu tidak dijawab. Begitu juga aduan tentang salahlaku JPP di Teluk Intan dan Gopeng. Apa penyelesaian kepada isu penipuan undi yang dibangkitkan di pemilihan cabang Langkawi? Apa laporan siasatan terhadap isu undi lebih dari jumlah keluar mengundi yang berlaku di Lembah Pantai, Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Kelang? Bagaimana pula dengan isu pengundi hantu di Kota Raja dan Penampang apabila dibuktikan bahawa manipulasi daftar anggota berlaku untuk membolehkan penyokong pemimpin tertentu mengundi lebih dari sekali?

Dalam pada itu;

Di Cabang Alor Gajah, ada surat pengakuan daripada ahli yang mendakwa beliau telah diberi kad ahli orang lain untuk mengundi.

Di Kelana Jaya, semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), pengundi dibenarkan mengundi walaupun terdapat perbezaan maklumat diri dalam buku daftar pengundi.

Di Cabang Merbok (ada rakaman visual) menunjukkan Pengawas memangkah kertas undi serta mengarahkan pengundi memilih calon tertentu.

Di Cabang Bayan Baru dan Kubang Pasu, Pengawas mengarahkan pusat mengundi ditutup selama setengah jam selepas tamat tempoh mengundi. Dalam tempoh tersebut, tiada wakil calon dibenarkan berada dalam pusat mengundi. Wakil calon hanya dibenarkan masuk apabila proses pengiraan dimulakan.

Di Cabang Langkawi, AJK cabang menyediakan dan mengisi borang bagi pendaftaran ahli baru dan ada yang terus dibenarkan masuk mengundi. Ahli PAS juga turut mengundi. Yang tidak jadi ahli pun mengundi dengan menandatangani bagi pihak ahli lain yang tidak hadir semata-mata untuk menunjukkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.


Apa pula tindakan yang diambil apabila TV3 melaporkan di Buletin Utama secara visual bagaimana pengawas pemilihan mengajar anggota untuk memangkah calon tertentu.

Dalam masa yang sama, bagaimana pula blogger Haris Ibrahim boleh menyampaikan berita tentang pembocoran kertas undi. Sejauh manakah tahap keselamatan kertas undi sehingga begitu mudah ianya dibocorkan?

Bagaimana boleh pula JPP sewenang-wenangnya membenarkan penangguhan pemilihan bagi cabang Silam yang dibuat hanya 48 jam sebelum masa pengundian? Apakah prosedur penghantaran notis yang ditetapkan dalam perlembagaan parti, sehingga begitu mudah Sekretariat membuat keputusan dengan menerima alasan keletihan susulan pilihan raya kecil Batu Sapi, yang sudah tentu tidak adil bagi anggota lain di Batu Sapi yang ingin mengundi?

Kenapa pula tidak dimaklumkan tentang proses pengundian yang tiba-tiba diadakan di Ibu Pejabat, yang kononnya melibatkan pengawas pemilihan dan petugas pilihan raya Batu Sapi?

Di manakah penjelasan JPP tentang cabang Kota Bharu, Tumpat, Langkawi dan Hulu Selangor yang mengundi lewat dari waktu yang ditetapkan oleh sebab kesilapan teknikal oleh JPP? Apa akan kita lakukan sekiranya SPR lewat membuka pusat pengundian? Adakah kita akan bertoleransi dengan SPR atau kita akan kutuk SPR habis-habisan?

Aktivis Reformasi mengetengahkan sebahagian dari permasalahan yang diketahui umum tetapi tidak ditangani oleh JPP dan pimpinan parti. Aktivis Reformasi juga sangat yakin bahawa tidak ada pasukan pemantau yang mengesahkan setiap proses pemilihan telah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kalau ada, di mana dan apakah status laporan-laporan tersebut?

Aktivis Reformasi mengingatkan pucuk pimpinan bahawa implikasi dari pemilihan ini sangat besar. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti memberi iktibar terbesar, yakni ia disebabkan kegagalan untuk mewujudkan sebuah pemilihan yang bersih dan adil. Mahu atau tidak mahu pucuk pimpinan mesti menjawab semua isu-isu yang berbangkit. Sikap mendiamkan diri untuk meredakan kemelut akan menyerlahkan sikap tidak bertanggungjawab pucuk pimpinan parti.

Tindak-tanduk pucuk pimpinan amat mengecewakan bilamana rintihan ahli tidak dipedulikan akan tetapi usaha untuk mengutuk Dato’ Zaid Ibrahim digiatkan bagi mengalih pandangan anggota dari isu sebenar iaitu kepincangan pemilihan parti yang kerap dibangkitkan.

Aktivis Reformasi dengan ini mendesak pucuk pimpinan untuk melakukan sesuatu bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan semua pihak terhadap segala kemelut yang timbul. Protes yang bertalu-talu ini berpunca dari sikap dan tindak tanduk pucuk pimpinan parti yang jelas memperkosa prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yang selama ini menjadi asas dokongan gerakan Reformasi. Kegagalan pucuk pimpinan untuk mengambil sebarang tindakan atau memberi jawapan dan laporan yang memuaskan akan menyebabkan semakin banyak protes secara terbuka atau secara senyap menghantui masa depan perjuangan parti.

Sekian, Salam Reformasi.



AKTIVIS REFORMASI

22 November 2010

PKR, stop taking Indians for granted - Govan Naliah

As a member of PKR, I have to express my bitter disappointment with the way the party leadership has marginalised issues to do with the Indian poor and underclass of this beloved country.

So easily have the party’s top leaders forgotten that about one out four PKR members is an ethnic Indian.

So easily have they forgotten that without Hindraf, there would have been no tsunami of March 2008 which carried many PKR candidates to victory in many parliamentary and state assembly seats.

So easily have they forgotten that in the two and a half years since that electoral tsunami, the party they are leading have done practically nothing to address the plight of the Indian poor in the states that the party and its allies govern.

So easily have they forgotten that Indian poor look at PKR as the best, if not only, alternative to the other existing parties through which real political will can be found for meaningful action to uplift the socio-economic status of the disadvantaged Indian masses.

Alas, that hope has turned into disappointment. PKR is proving itself to be no different from MIC, PPP, IPF and the like. To all of them, the Indians are nothing more than a vote bank. Pursue them for their votes with all sorts of promises but forget about them once the elections are over or worse, treat them and their demands for rights and social justice as nothing more than a nuisance.

Witness yesterday’s demonstration against the party leadership at the PKR headquarters in Petaling Jaya. Yes, it was prompted by anger over the disgraceful way the supposedly democratic party elections were conducted. But look at who formed the overwhelming majority of the protesters. Yes, ethnic Indians! There is a groundswell of dissatisfaction and frustration within the Indian community about the way PKR has been treating the Indians.

Listen to what one Indian protester said about the Indians at the top level of PKR’s leadership: they are not really Indians - convey Indian-related grouses to them and they could not be bothered. Listen to what those protesters said about the party’s electoral fortune: without Hindraf, there would have been no 2008 tsunami.

To Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Wan Azizah and the rest of the party leadership – ignore the signs at the party’s peril. The recent party elections have shown PKR to be just another of version of Umno which means Indians will continue to be shunted aside and marginalised. Don’t take Indian voters for granted! MIC without Samy Vellu may just look attractive again. What happened in March 2008 may not come your way again.

Angry PKR Member,

GOVAN NALIAH
PKR Membership No: B050000688

Perjumpaan bersama ahli yang amat mengecewakan - Illam Kubong

Sebagai seorang ahli parti yang setia, saya menunggu dengan penuh debaran perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam 19 November baru-baru ini. Saya jangkakan pucuk pimpinan, terutama Presiden parti akan menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskan isu-isu yang menjadi punca krisis yang sedang melanda parti dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memperbaiki parti dan memulihkan imejnya. Nyata jangkaan saya jauh meleset. Saya telah mengikuti perjumpaan tersebut melalui internet, suatu usaha yang pada hemat saya hanya membuang masa dan membazirkan tenaga eletrik.

Beberapa perkara telah menghampakan saya; dari yang agak kecil hinggalah ke besar. Biarlah saya mulakan dengan yang kecil tetapi berpotensi besar untuk memberi gambaran yang tidak diingini mengenai parti.

Pertama, kenapakah dianggap perlu berbelanja duit untuk meletakkan satu ‘backdrop’ besar yang memaparkan gambar-gambar bersaiz gergasi beberapa orang pemimpin? Kalau majlis dianjurkan oleh UMNO totok seperti Khir Toyo atau Azalina Osman, saya boleh fahamlah. Itu budaya dan mentaliti feudal UMNO untuk memuja dan mengagung-agungkan pemimpin. Tetapi kita PKR - parti Reformasi yang kononnya memperjuangkan budaya dan pemikiran politik baru. Kenapakah kita terikut-ikut dengan amalan-amalan jijik UMNO? Adakah sebab ini, mentaliti pemimpin kita masih mentaliti UMNO? Ini adalah suatu kebimbangan hati nurani saya yang terpaksa saya suarakan demi renungan semua.

Kedua, kenapa Presiden parti sendiri tidak hadir dan berucap di majlis yang digelar ‘perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti’? Kelibat Presiden tidak kelihatan langsung. Bayangkanlah jika UMNO dilanda krisis, satu perjumpaan dipanggil dan yang naik ke pentas untuk memberi penjelasan ialah Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin, Adnan Mansor dan Ali Rustam. Rosmah Mansor pula menggunakan peluang itu untuk menonjolkan diri. Presiden UMNO pula bersembunyi di rumah. Blog-blog akan berpesta mengutuk UMNO. Apakah bezanya dengan perjumpaan PKR di mana Ketua Umum, satu jawatan yang tidak termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak dilantik, pula yang lebih senduk dari kuah sementara Presiden yang hakikatnya telah mendapat mandat dari para anggota parti untuk memimpin telah menghilangkan diri. Saya amat khuatir ini adalah satu petanda pucuk kepimpinan parti yang tidak menghormati perasaan dan pandangan ahli-ahli biasa.

Terakhir dan yang paling mengecewakan adalah perjumpaan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjelaskan isu-isu yang menimbulkan kontroversi serta untuk melegakan kegelisahan dan kecurigaan yang kini melanda para keahlian parti telah bertukar menjadi pesta pemujaan. Lawan dikeji, pemimpin dipuji. Perjumpaan tersebut bertukar menjadi sesi mengutuk Zaid Ibrahim. Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai kepincangan parti tidak dijawab langsung. Aturcara majlis Jumaat lepas mirip “roadshow” anjuran UMNO. Penuh dengan sepanduk-sepanduk memuja pemimpin, laungan-laungan memuji pemimpin. Di manakah perubahan yang di war-warkan?

Suara Presiden ialah suara rasmi parti, suara yang mewakili insan-insan kerdil yang menjadi ahli biasa parti. Saya merayu kepada Presiden untuk segera memberi perhatian dan menangani isu-isu yang kini timbul kerana ini membikin ketara kelemahan dan kecacatan parti. Suara dan penjelasan Presidenlah yang ditunggu-tunggu untuk menenteramkan kegelisahan para ahli biasa parti.

Sekian. Salam Reformasi.



ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak

21 November 2010

Kertas Undi Bocor: JPP bertanggungjawab untuk segera beri penjelasan - Abdul Aziz Anon

Pemilihan PKR menutup tirainya hari ini. Pemilihan ini sewajarnya memberi banyak iktibar kepada parti, pemimpin dan anggota. Sebelum ini saya telahpun membuat desakan dan menyatakan bahawa pemilihan parti adalah tidak telus, mengandungi penipuan dan manipulasi undi. Pemilihan PKR penuh kecacatan, dan kecacatan ini jelas membayangkan kelemahan badan pengurusan dan pemantauan, dan kelemahan ini membuka ruang untuk berlakunya manipulasi dan penipuan.

Saya mendesak pihak JPP, Sekretariat atau pucuk pimpinan untuk menjelaskan kesahihan ‘posting’ yang disiarkan oleh blogger Haris Ibrahim melalui blog beliau pada 21 November hari ini. ‘Posting’ tersebut jelas menunjukkan kertas undi yang bakal digunakan pada hari ini bagi pemilihan di Cabang Gombak, Ampang, Selayang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Pandan dan beberapa tempat lain lagi. Posting beliau jelas membuktikan kertas undi telah bocor.

Persoalannya ialah bagaimana Sdr Haris boleh menyiarkan kertas undi di blog beliau 2 jam sebelum pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 10 pagi? Sdr Haris juga mendakwa beliau menerima e-mel memberitahu kertas undi pemilihan PKR telah bocor. (Perkara yang sama juga dilaporkan oleh laman web Free Malaysia Today.)

Oleh yang demikian, saya sekeras-kerasnya mendesak JPP menjalankan kewajipannya untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. Walaupun hari ini adalah hari terakhir pemilihan tetapi apa yang telah berlaku seolah-olah mengiyakan dakwaan para anggota di peringkat akar umbi; JPP dan Sekretariat memainkan 'peranan' dalam memanipulasi undi bagi memenangkan calon tertentu.

Saya merasa sedih dan teramat-amat kecewa dengan pimpinan parti khususnya Anwar Ibrahim dan Presiden yang mendiamkan diri dan membiarkan sahaja JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat bertindak kotor dan mencemarkan prinsip-prinsip luhur perjuangan reformasi.



ABDUL AZIZ ANON

12 November 2010

Sahabat seperjuangan Mustaffa Kamil Ayub lahirkan rasa kesal - Abdul Aziz Anon

Sebenarnya memang sudah jangkaan saya bahawa Sdr. Mustaffa Kamil Ayub, calon Timbalan Presiden PKR, tidak akan menarik diri, tetapi sebaliknya hanya akan terus melakukan protes dari dalam amat tepat. Saya amat kesal dengan sandiwara politik beliau.

Saya merujuk kepada memorandum yang dihantar oleh Saudara Mus kepada Presiden parti dan Pengerusi JPP pada 9 November 2010:

“Kami mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.”


Apakah yang dimaksudkan dengan “tindakan tegas”? Apakah pula yang dimaksudkan dengan “bertanding dalam protes?” Sahabatku, pilihannya hanya samada kita merestui proses pemilihan dan mengambil bahagian, atau kita menolak proses pemilihan dan mengundur diri.

Saya hanya dapat menafsirkan tindakan ini sebagai tidak lebih daripada sandiwara lakonan pentas politik dengan perkiraan bahawa rakyat adalah bodoh dan boleh ditipu sedemikian rupa.

Gesaan saya tempoh hari adalah meminta Sdr Mustaffa Kamil Ayub menarik diri demi menjaga integriti peribadi. Dengan apa yang dikatakan oleh beliau sebagai “tindakan tegas” tempohari, dan dengan apa yang dinyatakan beliau dalam sidang medianya hari ini, saya beranggapan bahawa Sdr Mus telah hilang peluang keemasan untuk bertindak meletakkan proses pemilihan parti kepada landasan yang betul. Mengapa harus terus berjoget jika alunan gendangnya sumbang? Mengapa harus terus menyanyi jika tidak seirama dan tidak senada?

Dalam memoradum beliau, Sdr. Mustaffa Kamil Ayub telah menyatakan terdapat banyak penyelewengan dan kepincangan dalam proses pemilihan parti dan beliau menuntut pemberhentian pemilihan parti dibuat atau JPP harus bersedia menghadapi tindakan yang lebih tegas.

Saya amat hairan dan sangat tidak jelas apakah yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti untuk memperbaiki keadaan sejak penyerahan memo pada 9 November sehingga menyebabkan Sdr. telah menukar pendirian?

Hanya satu rumusan yang adil untuk disimpulkan: saudara gelojoh pangkat dan kuasa. Saudara meletakkan kepentingan masa depan politik peribadi. ‘Ketakutan’ Saudara kepada Anwar Ibrahim dan Azmin melebihi kepentingan untuk mempertahankan prinsip dan nama baik parti. Membenarkan pemilihan parti diteruskan dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang didakwa ada penyelewengan dan kepincangan adalah pelacuran prinsip politik. Saudara bukan lagi seorang pemimpin, dan Saudara sama sekali tidak layak menganggap diri Saudara sebagai seorang pemimpin.

Saya sedar Saudara telah ditawarkan jawatan Naib Presiden yang dilantik terus oleh Presiden jika kalah dalam pemilihan ini. Jika Saudara menarik diri maka akan terkubur karier politik dalam keADILan. Saya ulangi, ini adalah satu pelacuran prinsip politik. Dimanakah al-qudwah? Di mana al-amanah?

Saya ketawa dalam tangisan tatkala mengenangkan kehadiran Saudara pada sidang media Datuk Zaid Ibrahim pada hari Isnin lepas. Jelas Saudara hanya seorang haiwan politik yang, bak kata pepatah, pergi bagaikan panglima, balik bagaikan pondan.



ABDUL AZIZ ANON

09 November 2010

Surat terbuka kepada Presiden, Parti Keadilan Rakyat - Illam Kubong

Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.

Walaubagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.

Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.

Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden. Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.

Jika perlu, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.

Saya doakan Presiden akan berjaya dalam misi ini. Janganlah hancurkan impian kami sebagai ahli-ahli biasa untuk parti membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.


Sekian.



ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568